[VIDEO] Rekod dunia baru! Tahan nafas dalam air selama 24 minit

BELGRADE: Seorang lelaki berusia 54 tahun dari Croatia berjaya mencipta rekod dunia baharu selepas menahan nafas bagi tempoh paling lama di dalam air.

Lapor Oddity Central, Budimir Buda Sobat mampu menahan nafas selama 24 minit dan 33 saat di dalam air tanpa menyedut udara.

Pencapaian luar biasa itu dibuat di sebuah kolam renang di pekan Sisak, dibawah pemantauan doktor, selain disaksikan oleh media dan penyokongnya.



Selepas mengambil beberapa minit untuk menyedut udara bagi meningkatkan tahap oksigen dalam badan, Sobat menyelam dan menghabiskan masa selama setengah jam berada di dalam kolam renang itu.

Dilaporkan, beberapa tahun lalu, Sobat mempelajari aktiviti menyelam statik sehingga menjadi antara 10 penyelam statik terbaik di dunia.

Sobat juga berjaya memecahkan tempoh 24 minit pada tiga tahun lalu namun kali ini memecahkan rekod Guinnessnya sendiri.



Rekod dunia semasa untuk ‘static apnea’ kekal pada 11 minit dan 54 saat.

Rekod tersebut dicatatkan oleh Branko Petrovic di Dubai pada 2014.

Bagaimanapun, ia merupakan versi berlainan berbanding cabaran Sobat yang mana penyelam dibenarkan untuk menyedut udara sehingga 30 minit sebelum percubaan bagi meningkatkan tahap oksigen dalam badan.

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker