Bukan Umno tapi PPBM yang kuat mengugut, kata Puad


PETALING JAYA: Ahli majlis kerja tertinggi Umno Puad Zarkashi berkata Umno akan keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagaimana diputuskan perhimpunan agung Umno (PAU) Ahad lalu.

Bagaimanapun katanya Umno tidak pernah menggertak atau menggugut PPBM untuk keluar daripada PN.

“Umno pun tahu PPBM adalah parti yang tidak boleh digertak dan diugut. PPBM adalah parti diktator dalam bergabung.

“Parti yang tidak mengamalkan musyawarah dan konsensus. Kejujuran politik jauh sekali,” katanya dalam hantaran terbaharu di Facebooknya.

Media sebelum ini melaporkan, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM Rosol Wahid mencabar Umno untuk keluar daripada PN dan menghentikan ugutan ‘acah-acah’ jika itu yang mereka mahukan, susulan hasrat gabungan itu tidak akan bekerjasama dengan PPBM pada PRU15.

Susulan itu, Puad berkata, yang kuat mengugut, menggertak atau membeli Ahli Parlimen lain adalah PPBM.

Katanya, PPBM juga yang dituduh menggunakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menekan Ahli Parlimen melompat parti.

“Justeru tidak timbul Umno meletak syarat untuk keluar daripada kerajaan PN. Presiden Umno tegaskan di PAU Umno 2020, Umno tidak akan meminta dan menerima jawatan TPM (Timbalan Perdana Menteri). Umno letak noktah kepada isu tersebut.

“Kenapa YB Rosol masuk kluster ‘katak’? Kerana jawatan atau peruntukan? Jangan lupa YB, Hulu Terengganu kerusi Umno. Pulangkan. Bukan gertak ye!” katanya. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker