PAU2020 : Ahli UMNO sokong parti lain lebih teruk dari yang lompat

Sebaran :


PEMIMPIN dan ahli UMNO yang masih bersama parti tetapi bertindak sebagai jurucakap pihak lain jauh lebih teruk daripada mereka yang lompat parti.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, perkara itu lebih membimbangkan kerana mereka bertindak seolah-olah menjadi jurucakap parti lain.

Katanya, tindakan golongan seperti itu lebih teruk daripada pemimpin yang meninggalkan UMNO menyertai parti lawan.

“Yang saya takut ialah yang belum lari. Yang belum lari ini, perangai lagi teruk daripada yang sudah lari.



“Dahulu sebelum kita ambil balik kerajaan, beria-ria berdegar-degar. Apabila sudah jadi menteri, jadi pula jurucakap parti lain.

“Ini kalau dalam bahasa korporatnya hilang akal,” katanya semasa berbahas pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 hari ini.

Johari berkata, keteguhan dalam terdapat dalam PKR dan DAP perlu dijadikan contoh oleh ahli-ahli UMNO di mana mereka tetap bersama parti walaupun tewas berkali-kali dalam pilihan raya.

“Saya ini bukanlah hendak banggakan parti orang lain. Saya hendak tuan-tuan melihat bagaimana sebuah parti bernama DAP dan PKR.



“Kita tengok dan lihat, pada 1995, DAP menang sembilan kerusi sahaja, tetapi tidak tutup parti, konsisten dan akhirnya pada 2004, DAP dapat 12 kerusi.

“Kemudian pada 2008 (28 kerusi), 2013 (38 kerusi) dan 2018 (42 kerusi). Mari lihat PKR, pada 2004 hanya satu kerusi sahaja menang. Pada 2013 (30 kerusi menang), 2018 (50 kerusi).

“Kita menang 13 kali, kalah sekali. Mereka pula kalah 13 kali, menang sekali. Beza mereka dengan kita yang menang 13 kali dan kalah sekali, semua lari. Itu bezanya,” katanya.

Bekas Menteri Kewangan Kedua itu turut melahirkan kekaguman dengan pendirian bekas Presiden UMNO, datuk Seri Najib Tun Razak yang tetap tenang sama ada ketika UMNO kalah atau menang.



“Dalam soal ini, saya hendak puji Najib. Tidak sekalipun sejak kita kalah dan dia turun naik mahkamah, wajahnya tidak ada beza ketika Umno menang atau kalah. Puluhan ‘posting’ di Facebook, tidak sekalipun dia hentam parti UMNO atau orang UMNO. Tidak sekalipun.

“Walaupun saya ada perbezaan dengan Najib, tetapi dalam soal perjuangan menjaga parti, saya bersama-sama dengan beliau,” katanya. SM

PAU 2020 : Kepala otak dia pelaburan boleh selektif – Johari


Sebaran :

Leave a Reply