Jambatan Ruyi ‘terlalu gila’


Sesetengah netizen media sosial di China menyifatkan jambatan bengkok yang baru dibuka di negara itu adalah ‘terlalu gila’!

Memang benar, bagi sesiapa saja yang gayat atau takut dengan ketinggian mungkin langsung tidak ada ‘selera’ untuk mencuba berada di atas jambatan ini.

Namun, ia mungkin sesuai untuk golongan yang ingin menguji adrenalin dan mencari cabaran baru untuk berjalan di jambatan tergantung pada ketinggian 140 meter itu.

Jambatan Ruyi yang terletak di wilayah Zhejiang, selatan Shanghai mula dibuka kepada orang ramai selepas kali pertama projek itu dedahkan kepada umum pada 2017.

Pada mulanya, ramai ragu-ragu apabila melihat rekaan bentuk jambatan terbabit yang disifatkan sebagai tidak realistik.

Malah, bekas angkasawan, Chris Hadfield berkata, dia mahu melihat jambatan itu dilengkapi dengan rel penghadang yang baik manakala ada juga yang menganggap projek itu palsu dan hanya sebuah produk rekaan imaginasi komputer.

Bagaimana pun, ia kini menjadi tumpuan pelancong apabila berjaya menarik lebih 200,000 pengunjung yang berani untuk melintasi jambatan dibina antara dua gunung itu.

Rekaan itu berinspirasikan jed ruyi, iaitu sebuah objek melengkung yang dijadikan sebagai simbol kekayaan di China dan ia mempunyai tiga laluan jambatan kaca.

“Pengunjung pasti merasai pengalaman baru ketika melintas jambatan yang berjalin ini.

“Bentuknya adalah padanan sesuai dengan pemandangan semula jadi, seperti juga jed ruyi,” kata kumpulan pereka jambatan itu.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker