Bekas pemain bola tampar wanita disahkan lelaki

JAKARTA: Seorang bekas pemain bola tampar bagi kelab wanita di Indonesia disahkan jantinanya yang sebenar sebagai seorang lelaki.

Lapor Oddity Central, pengesahan itu dibuat oleh Ketua Tentera, Andika Perkasa selepas Aprilia Santini Manganang menjalani pemeriksaan di Hospital Tentera Gatot Subroto.

“Hari ini saya ingin memberitahu seorang askar berpangkat sarjan tidak senasib dengan kita semua.



“Semasa lahir, dia mempunyai sistem reproduktif tidak normal yang disebut sebagai Hypospadias. Selepas ujian pemeriksaan dilakukan, Aprilia mempunyai organ seks lelaki dan tidak mempunyai organ dalaman wanita. Malah, ujian hormon dan MRI juga menunjukkan kecenderungan ke arah lelaki,” jelasnya.

Hypospadias adalah kelainan yang menyebabkan lubang kencing bayi lelaki menjadi tidak normal disebabkan kelainan bawaan sejak lahir.

Disebabkan peralatan perubatan yang terhad semasa dia dilahirkan, Aprilia dikenal pasti jantina dan hidup sebagai seorang wanita selama 28 tahun dalam hidupnya.

Malah, disebabkan faktor kewangan untuk keluarganya menjalankan pemeriksaan perubatan, dia memiliki kad pengenalan diri perempuan sejak lahir.



Bekas pemain bola tampar kebangsaan itu pernah membawa kelab bola tampar wanita Jakarta menjadi juara selama tiga tahun berturut-turut.

Dia malah pernah memenangi anugerah pemain paling berharga dan membantu pasukan kebangsaan memenangi pingat perak dan gangsa semasa Sukan SEA.

Namun, disebabkan rupa parasnya yang memiliki bahu yang luas dan dada yang bidang, menimbulkan persoalan kepada pasukan lawan sehingga pasukan Filipina pernah meminta dirinya menjalani ujian pengesahan jantina terlebih dahulu.

Disebabkan kontroversi yang berterusan itu, Aprilia mengambil keputusan menamatkan karier dalam bola tampar semasa berusia 28 tahun sebelum menceburi bidang ketenteraan.



Dia kini mengubah namanya kepada Aprilio Perkasa Manganang dengan potongan rambut yang kelihatan lebih maskulin dan rupa paras yang lebih tampan.

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker