PAU 2020: Kerjasama Bersatu dan UMNO hanya bawa ketidakstabilan politik – Rahman Dahlan


Kerjasama di antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya akan menyaksikan ketidakstabilan politik berlaku di negara ini.

Menurut Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, kerjasama di antara dua parti itu juga hanya akan memberi kelebihan kepada penyatuan ummah, namun tidak kepada ekonomi negara.

“Setiap orang katakan kestabilan politik melahirkan kestabilan ekonomi, kalau kerajaan dibentuk UMNO, Bersatu dan Pas, kalau lima tahun lagi (pasti) akan berdepan masalah kestabilan politik.

“Bersatu akan sentiasa bertembung dari segi kepentingan, jadi dalam tempoh lima tahun lagi akan berlaku perkara sekarang ini, dimana UMNO dan Bersatu tidak akan mampu duduk selesa kerana DNA bertentangan,” katanya ketika ditemui media dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU2020) di ibu negara pada Ahad.



Tambahnya, meskipun UMNO Sabah mempunyai autonomi politik sendiri, namun sebarang keputusan PAU2020 berhubung kerjasama dengan Bersatu akan dituruti.

“UMNO Sabah displin tinggi. Kalau hari ini perwakilan akan putuskan (hubungan Bersatu), saya rasa semua akan akur.

“Kita kena ingat walaupun UMNO Sabah ada autonomi, kita faham UMNO Sabah bukan parti terpisah keseluruhan daripada UMNO Pusat,” jelasnya lagi.

Mengulas lanjut, BN di negeri itu jelas Abdul Rahman, memberi tawaran sebuah kerajaan yang stabil dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.



“Apa BN buat dalam PRU-15? Kita hendak tawarkan pilihan kepada rakyat BN yang mempunyai pengalaman mentadbir negara ini akhirnya pilih kerajaan stabil.

“Memilih kerajaan bersama Bersatu nampak cantik penyatuan ummah, tapi tiada kesan positif kepada rakyat, apa akan berlaku selepas PRU nanti?” katanya lagi. Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker