Jangan bersilat pulut, kalau sah tarik diri, Ogos ‘kita keluar ramai-ramai’, cadang Tok Mat — MYKMU.NET

Jangan bersilat pulut, kalau sah tarik diri, Ogos ‘kita keluar ramai-ramai’, cadang Tok Mat



Sebaran :


KUALA LUMPUR: Umno harus menyahut desakan perwakilan untuk parti itu keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional pada Ogos, kata Timbalan Presiden Mohamad Hasan.

“Jika kita dah setuju nak tarik diri pada Ogos, jadi tarik diri bulan itu.

“Jangan main silat pulut. Ogos kita keluar ramai-ramai dari kerajaan,” katanya semasa menggulung perbahasan di Perhimpunan Agung Umno 2020.



Beliau berkata Umno tidak harus dilihat berdolak-dalik selepas ia dipersetujui perwakilan.

“Jangan acah-acah je,” tambahnya. FMT

Perhimpunan Agung Umno hari ini memberikan mandat kepada presiden parti dan majlis tertinggi mereka untuk menentukan bila tarikh yang tepat untuk menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional.



Keputusan itu dicapai dalam perhimpunan agung Umno yang berlangsung selama dua hari berakhir pada hari ini.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata dengan mandat yang ada pada pucuk pimpinan itu parti berkenaan boleh menarik diri pada bila-bila masa yang dirasakan sesuai.

Apabila ia diputuskan nanti, katanya, semua ahli parlimen yang dilantik sebagai menteri, timbalan menteri atau pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan meletak jawatan bersama.



“Perwakilan beri mandat kepada presiden untuk Umno tarik diri bila-bila masa jika mereka tiada indikasi untuk adakan pilihan raya umum dalam tempoh terdekat.

“Kalau ini terjadi, majlis tertinggi (MT) terutama menteri, timbalan, ahli parlimen 100 peratus akur keputusan tarik diri dari PN,” katanya.

Ahmad Zahid Hamidi kemudian meminta semua perwakilan berdiri untuk menyatakan sokongan kepada usul tersebut.



Sejurus selepas itu Ahmad Zahid terus menamatkan ucapan pengangguhan Perhimpunan Agung Umno 2020. Mk


Sebaran :


Leave a Reply