Ernie, Syamel nikah hari ini


PETALING JAYA – Pasangan selebriti popular, Ernie Zakri dan Syamel akan melangsungkan pernikahan pagi ini.

Pengurus kepada dua penyanyi tersebut, Aqilah Maria mengesahkan perkara itu kepada K Online semalam.

“Nikah insya-Allah esok pagi,” kata Aqilah ringkas melalui pesanan WhatsApp.

Menurut Aqilah lagi, satu majlis resepsi bersama media akan dilangsungkan minggu hadapan di ibu negara.

Pasangan itu mulai rapat selepas terbabit dalam program Duo Star terbitan Astro pada 2017.

Ketika itu Syamel dan Ernie menjadi pasangan duet dan muncul juara dalam program realiti terbabit.

Lebih menguatkan cinta mereka apabila diangkat sebagai pemenang trofi Vokal Terbaik menerusi single duet berjudul Aku Cinta pada Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) pada 2018.

Mereka akhirnya mengikat tali pertunangan pada 15 Ogos tahun lalu. K Online

All The Best!! Sebelum Ke Jinjang Pelamin, Ernie Zakri & Syamel Berjaya Buka Kafe Bersama

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker