Ismail Sabri patuh keputusan Umno – kerjasama dengan PPBM hingga PRU15


Naib presiden Umno yang juga pemimpin parti yang memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), Ismail Sabri Yaakob berkata dia mematuhi keputusan yang telah dibuat berkenaan hubungan dengan Bersatu.

Ini bermakna kerjasama antara Umno dan PPBM yang mengetuai kerajaan dan gabungan PN, akan berakhir apabila PRU15 dilaksanakan.

“Dari segi menteri dan ahli Parlimen kita yang berada di dalam kerajaan hari ini terus menyokong kerajaan sehingga pilihan raya,” katanya dalam wawancara bersama Umno Online semalam.

“Seterusnya keputusan Majlis Tertinggi (MT) adalah kerjasama antara kita dengan Bersatu dari segi parti diputuskan apabila Parlimen dibubarkan dan ini ‘clear’.



“Saya tak rasa ada siapa yang mempertikaikan dari segi keputusan MT. Maknanya kita macam ‘cerai taklik’… apabila bubar Parlimen jatuh talak kita,” katanya lagi.

Ismail Sabri adalah Menteri Pertahanan dan seorang daripada empat Menteri Kanan dalam Kabinet.

Pendirian itu bagaimanapun berbeza dengan Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa yang bertegas kerjasama dengan PPBM akan memanfaatkan Umno.

Pada masa sama, Ismail berkata pendirian parti berhubung PKR dan DAP juga jelas.



“‘No PKR, No Dap’. Ini juga merupakan keputusan MT dan hari ini (semalam) ditekankan oleh Presiden Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataanya bahawa Umno tidak akan berunding dengan PKR untuk menghadapi pilihan raya dan saya kira pun selepas pilihan raya mungkin itulah keputusan kita,” katanya.

Kenyataan Ismail itu menjelang Perhimunan Agung Umno pada hujung minggu ini, di mana isu seperti hubungan dengan PPBM dan juga PAS dijangka akan dibahaskan.

Presiden PKR Anwar Ibrahim sebelum ini berkata ada perbincangan awal antara beberapa pemimpin PKR dan Umno.

Bagaimanapun Zahid berkata tiada mana-mana pemimpin Umno yang diberi kuasa untuk mengadakan perbincangan dengan PKR. Mk



PRU15: PAS tak kerjasama dengan Umno jika tanpa Bersatu – Annuar

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker