PRU15: PAS tak kerjasama dengan Umno jika tanpa Bersatu – Annuar

Umno kini tidak lagi ada pilihan untuk bertanding dalam PRU akan datang hanya bersama PAS sebagai sekutu, seperti rancangan awalnya dahulu, menurut setiausaha agung BN Annuar Musa.

Katanya, ini memandangkan PAS bertegas bahawa Umno mesti turut menjadi rakan sekutu dengan Bersatu.

“Dalam kajian kita, Umno dan PAS ada kekuatan sendiri dan memang boleh menang (dalam PRU akan datang).

“Tapi tanya PAS, adakah PAS boleh menerima idea hanya Umno dan PAS dan tinggalkan Bersatu?



“Pilihan ini tidak wujud. […] PAS berpegang pada dasar Umno, PAS dan Bersatu hendaklah bersama,” katanya dalam temu bual bersama Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan malam tadi.

Annuar mendakwa PAS menyatakan pendirian itu dengan jelas dalam mesyuarat Muafakat Nasional (MN) Rabu lalu.

Selepas kerjasama antara Umno dan PAS membuahkan kemenangan di beberapa PRK selepas PRU 2018, kedua-dua parti itu memeterai kerjasama Muafakat Nasional pada September 2019.

Penganalisis politik malah berpandangan jika Umno dan PAS berganding bahu dalam PRU akan datang, mereka mampu menyingkirkan Bersatu yang diketuai Muhyiddin Yassin dan merampas Putrajaya.



Bagaimanapun, PAS kini merupakan antara ahli Perikatan Nasional gagasan Bersatu. Usaha turut dilakukan untuk membawa Bersatu dalam Muafakat Nasional secara rasmi. Mk

PRU15, dahulu begitu hampir, kini semakin jauh..



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker