Biden lantik mak nyah pembantu setiausaha kesihatan


WASHINGTON – Senat Amerika Syarikat (AS) mengambil langkah bersejarah kelmarin dengan mengesahkan pelantikan ahli pediatrik, Rachel Levine sebagai pembantu setiausaha kesihatan Presiden Joe Biden sekali gus menjadikan beliau transgender atau mak nyah berpangkat paling tinggi dalam kerajaan persekutuan.

Levine mengetuai Jabatan Kesihatan Pennsylvania apabila Biden memilih beliau untuk jawatan persekutuan tersebut pada Januari lalu dalam pemilihan pertama seumpamanya melibatkan komuniti lesbian, gay, biseksual, transgender, pelik (LGBTQ).

Pemilihan Levine, 63, bercanggah dengan dasar Presiden sebelum ini, Donald Trump yang dianggap mendiskriminasi golongan LGBTQ

Dewan Senat mengundi 52 menyokong dan 48 menentang dengan dua wakil Parti Republikan menyertai Demokrat dalam menyokong Levine. Beliau merupakan seorang profesor bidang pediatrik dan psikiatri di Kolej Pendidikan Negeri Pennsylvania.



Sebagai pembantu Setiausaha Jabatan Kesihatan dan Khidmat Kemanusiaan, beliau akan menjadi sebahagian daripada pasukan yang menerajui perang melawan pandemik koronavirus di AS. Wabak Covid-19 telah membunuh lebih 545,000 orang di negara itu.

Pada minggu lalu, Senat mengesahkan Peguam Negeri California, Xavier Becerra sebagai Setiausaha Kesihatan AS yang baharu sekali gus keturunan Latin pertama mengetuai jabatan tersebut.

“Dr. Levine menjadi mak nyah AS pertama mendapat pengesahan Senat dalam detik bersejarah di AS,” kata jurucakap White House, Matt Hill di laman Twitter. AFP

Hikmah Rasulullah usir mak nyah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker