Budak Flat San Peng menangis dapat kerja kilang, kehidupan kini berubah


MUNGKIN bagi sesetengah individu, bekerja kilang adalah pilihan terakhir bagi meneruskan kehidupan.

Tetapi bagi individu yang lain, mendapat pekerjaan tetap dengan jaminan gaji serta insentif setiap bulan adalah satu sinar baharu buat kehidupan mereka.

Itulah yang dialami oleh Muhammad Shafiq Mohamad Hamizulyusri, remaja berusia 19 tahun yang tinggal di Flat San Peng, Kuala Lumpur.

Menceritakan kisahnya kini yang bekerja di sebuah kilang di Meru, Klang, Muhammad Shafiq tidak menjangka yang dia mampu mengubah hidupnya kini.



“Saya hanya mempunyai sijil dari sekolah tahfiz dan belajar pun hanya sampai di tingkatan tiga sahaja.

“Memang hidup tak teratur sebelum ini. Makan dan minum pun tak cukup. Banyak masa saya diluangkan dengan melepak bersama kawan-kawan sahaja.

“Sebab itu bila ada peluang untuk mengubah diri saya, saya tidak tunggu lama dan terus menawarkan diri saya sendiri,” katanya yang menyertai Program Pembangunan Insan di bawah Insan Development Academy (Insan).

Muhammad Shafiq kini berbangga dengan kejayaannya kini dan bercadang untuk membeli sebuah motosikal dalam masa terdekat.
Kisah Muhammad Syafiq ini adalah sebahagian daripada pelajar kurang berkemampuan untuk mengubah hidup mereka.



Remaja itu berkongsi kisahnya ketika hadir ke Majlis Penganugerahan Pensijilan Profesional Pembangunan Kerjaya melalui Pengiktirafan Pensijilan pihak UTMSPACE di Hotel Maluri baru-baru ini.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelatan, Wan Roslan Wan Hamat

Pengasas program Insan, Dr Mohd Zamri Nordin berkata, program Insan ini khusus untuk membantu mereka yang tercicir pelajaran dan kurang berkemampuan untuk memiliki kerja dan kehidupan yang lebih baik.

“Apa yang penting ialah semua pelajar yang mengikuti program ini akan diberikan pendidikan secara percuma, ditanggung makan dan minum dan dijamin akan mendapat kerja mengikut kemampuan dan keselesaan mereka.



“Sepanjang program itu, peserta akan dibayar elaun antara RM700 hingga RM900 tidak termasuk kerja lebih masa dengan tempat tinggal dan pengangkutan disediakan secara percuma,” katanya.

Menurut Dr Mohd. Zamri, kesemua peserta akan diberikan peluang untuk memilih Industri dan pekerjaan di syarikat-syarikat Industri ternama di bawah selian Manforce Group Berhad dengan jumlah gaji dan jawatan tetap.

Mereka ini ujarnya hadir daripada golongan yang tidak berkemampuan dan perlukan sokongan serta bimbingan untuk mengubah kehidupan mereka.

“Kita sendiri akan pastikan penyediaan Asrama yang selesa dan bidang tugasan yang sesuai mengikut kemampuan setiap Peserta dan memastikan Peserta tidak kerja 3D (Susah, Berbahaya, Kotor) supaya mereka selesa.



“Kita juga menerima sesiapa sahaja untuk menyertai Program ini asalkan mereka bersungguh sungguh mahu membina kerjaya dan daripada golongan bawah B40 dan boleh membaca, menulis serta mengira,” katanya.

Tambahnya, pihaknya mensasarkan seramai 3,000 golongan remaja dan belia yang tercicir dalam pelajaran akan dibantu untuk mengubah hidup mereka. SM

Rakaman Detik2 Terindah, Kenangan Terakhir 4 Sekawan Sebelum Menemui Ajal Dalam Kereta- Al-Fatihah



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker