Wartawan pun Muhyiddin tak berani berdepan, apa lagi nak debat Mahathir


Beberapa individu yang memihak kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad membayangkan perdebatan antara Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Pejuang Tanah Air (Pejuang) mustahil akan terjadi.

Mengulas mengenai surat terbuka Tamrin Ghafar, anak kepada bekas timbalan perdana menteri Abdul Ghafar Baba yang mencabar Muhyiddin untuk berdebat dengan Mahathir, Setiausaha Politik Mahathir, Abu Bakar Yahya memberi gambaran Muhyiddin tidak berani untuk menyahut cabaran tersebut.

“Rasanya tak perlu lagilah,” katanya kepada Malaysiakini apabila ditanya sama ada ahli parlimen Langkawi itu akan bersetuju dengan cadangan itu dan adakah pihaknya akan turut menghantar jemputan untuk berdebat dengan Muhyiddin.

“Dengan wartawan pun tak mahu berdepan, apatah lagi dengan Tun Mahathir,” kata Abu Bakar.



Pada masa sama, Ketua Penerangan Pejuang Ulya Aqamah Husamudin juga tidak melihat perkara itu akan terjadi.

“Ini tidak pernah dibincangkan setakat ini,” katanya.

Pada 21 Mac, Tamrin (gambar atas) dalam satu kenyataan telah mencabar Muhyiddin untuk berdebat dengan Mahathir di mana dua pucuk surat telah dihantar ke kediaman Muhyiddin dan pejabatnya pada awal bulan ini.

Menurutnya, kedua-dua surat itu dipercayai telah diterima oleh Muhyiddin berdasarkan maklumat pengesanan dari perkhidmatan pos yang digunakan – Pos Laju dan GDex.



Katanya, Muhyiddin gagal untuk membalas surat berkenaan pada tarikh terakhir yang diberikan iaitu hari ini, di mana ia menunjukkan bahawa presiden Bersatu itu takut untuk berdepan dengan kenyataan sebenar.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Tamrin berkata tujuannya hanyalah untuk mendapatkan penjelasan apa yang terjadi selepas kerajaan Pakatan Harapan tumbang mealui Langkah Sheraton pada akhir Februari tahun lalu.

“Kita bercakap tentang perubahan kerajaan, kenapa Mahathir letak jawatan dan kenapa dia (Muhyiddin) ambil alih.

“Cara terbaik kita nak tahu siapa yang bercakap benar. Jadi kaedah paling bagus melalui perdebatanlah, siapa yang bercakap benar.



“Kalau dia boleh jawab dia jawablah. Itulah cara paling baik sekali dan rakyat boleh jadi pengadil,” katanya. Mk

Kadir Jasin umum keluar Bersatu



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker