PDRM waspada ugutan diplomat Korea Utara


SHAH ALAM: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan tahap kesiapsiagaan susulan susulan kenyataan berbaur ugutan dikeluarkan Kaunselor Kedutaan Korea Utara di Malaysia, Kim Yu-Song, semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, PDRM tidak mengambil ringan kenyataan itu dan bersiap sedia menghadapi pelbagai kemungkinan hasil tindak balas negara itu.

“Kalau orang tengah marah, itulah kenyataan yang keluar tetapi sekiranya mereka di sini mungkin kita ambil tindakan. Tapi mereka sudah pergi, biarlah mereka pergi.

“Memang macam-macam ugutan tetapi yang penting di pihak keselamatan, kita berjaga-jaga. Pihak kami akan bersiap sedia menghadapi pelbagai kemungkinan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Yu-Song, yang mengatakan Malaysia perlu menanggung akibat daripada tindakan mengenakan pendakwaan terhadap rakyatnya.

Semalam, kesemua kakitangan diplomatik Kedutaan Korea Utara pulang ke negara mereka susulan keputusan Pyongyang pada Jumaat, untuk menamatkan hubungan diplomatik dengan Kuala Lumpur.

Terdahulu, Pyongyang mengumumkan pihaknya menamatkan hubungan diplomatik dengan Malaysia, selepas mahkamah Malaysia memutuskan seorang ahli perniagaan Korea Utara boleh diekstradisi ke Amerika Syarikat, untuk menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram.

Pada hari sama, Wisma Putra berkata, ia kesal dengan keputusan Korea Utara itu dan sebagai tindak balas, Malaysia akan menutup kedutaan negara berkenaan di sini yang operasinya sudah digantung sejak tahun 2017.

Malaysia dan Korea Utara mewujudkan hubungan diplomatik pada tahun 1973 dah hubungan itu mulai ‘keruh’ apabila Kim Jong-nam iaitu abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, dibunuh di Malaysia pada tahun 2017. BH

https://mykmu.net/2017/03/07/gestapo-politik-korea-utara-masanya-untuk-rakyat-malaysia-bersatu/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker