Media sampah : Timbalan Pengurus Besar SUKE minta maaf


Timbalan Pengurus Besar SUKE mohon maaf pada media

TIMBALAN Pengurus Besar Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) Ir. Dr. Zarulazam Eusofe memohon maaf kepada media berikutan satu ciapannya yang menyifatkan sebuah akhbar dan wartawan sebagai sampah.

Zarulazam berkata, beliau kesal terhadap ciapan tersebut dan menegaskan kesilapan itu berlaku atas kelemahan dirinya sendiri.

“Kepada rakan-rakan editor dan wartawan yang tersinggung dengan tweet yang dibuat, saya dengan rendah diri memohon maaf dan kesal perkara yang berlaku.



“Ianya berlaku di atas kelemahan saya sendiri,” ciapnya pagi ini.

Sebelum itu tular di media sosial satu tangkap layar ciapan Zarulazam yang menyifatkan akhbar Harian Metro dan wartawan yang melaporkan berita berkaitan kematian seorang petugas kesihatan sebagai sampah.

Dia berkongsi ciapan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin terhadap laporan Harian Metro yang memohon maaf akibat kekeliruan yang tercetus berkaitan laporan kematian seorang jururawat di Sungai Petani, Kedah yang disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada Rabu lalu.

“Well done @Khairykj. Wartawan dan akhbar sampah macam ini wajar diajar!!” katanya.



Bagaimanapun Zarulazam kemudian menjadi perhatian selepas satu lagi siri kemalangan berlaku melibatkan pembinaan lebuhraya SUKE semalam.

Dua pekerja binaan terbunuh dan dua lagi dilaporkan cedera parah selepas sebuah kren jatuh di atas sebuah kereta di tapak pembinaan Lebuhraya SUKE berhampiran Persiaran Alam Damai di ibu negara.

Warganet terutama wartawan yang bengang dengan penggunaan perkataan sampah itu meminta Zarulazam memberi fokus terhadap projek itu selepas banyak kemalangan berlaku terhadap projek berkenaan.

Insiden semalam tidak sampai beberapa minggu kejadian lima mangsa terdiri pemandu dan penumpang van kilang yang terperangkap dihempap runtuhan perancah besi pembinaan Lebuhraya SUKE pada 3 Mac lalu.



Dua daripada mangsa meninggal dunia. Kejadian itu berlaku selepas sebuah treler membawa jengkaut melanggar struktur binaan SUKE berhadapan Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Pada September tahun lalu seorang wanita berhadapan maut selepas kereta yang dipandunya dihempap batu konkrit yang jatuh dari struktur pembinaan projek SUKE ketika melalui kawasan tersebut.

Kejadian itu mengakibatkan kereta miliknya remuk dan wanita itu cedera pada tangan kirinya. SM

[VIDEO] Dua wanita maut, tiga selamat tragedi runtuhan jejambat SUKE -Polis



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker