Koperal Fairul payung sampai balai, bantu OKU redah hujan raih pujian


Mesej tular memaparkan tindakan seorang anggota polis membantu seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) masuk ke Balai Polis USJ 8, Subang Jaya, ketika hujan lebat pada Ahad lalu, meraih pujian ramai.

Menerusi mesej itu, anggota dikenali sebagai Fairul Azizi Che Mansor yang ketika itu bertugas di kaunter aduan, segera keluar membawa payung selepas terlihat seorang lelaki bertongkat keluar dari kereta di kawasan tempat letak kenderaan mahu menuju ke balai dalam hujan lebat.

Difahamkan, selepas mengiringi OKU berkenaan masuk ke balai, anggota berpangkat koperal itu memberikan pakaian kepada lelaki itu apabila melihat baju dipakainya basah akibat meredah hujan.

Selepas OKU itu selesai membuat laporan, anggota berkenaan sekali lagi membantu mengiringinya sehingga ke kereta.



Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Balai USJ 8 Muhamad Jamil ketika dihubungi FMT berkata, pihaknya bangga dan terharu dengan tindakan murni anggotanya.

“Saya turut berasa bangga dan terharu dengan anggota tersebut, sikap murni ini bukanlah diajar tetapi itu adalah inisiatif anggota tersebut.

“Sebagai penyelia, bagi saya anggota tersebut sememangnya seorang yang bagus, bagi saya tindakannya itu memang wajar diberi pujian,” katanya ketika mengulas mesej tular melibatkan anggota itu.

Jamil berkata, untuk makluman pihak Balai Polis USJ8 ada menyediakan tempat letak kereta khas bgai golongan OKU, iaitu berdekatan dengan pintu masuk balai yang mempunyai kawasan berbumbung.



Katanya, pihak balai kini sedang dalam perbincangan untuk memberikan penghargaan kepada anggota tersebut atas inisiatif murninya membantu orang awam sehingga menjadi inspirasi kepada anggota lain. FMT

BANTUAN JKM : Cara Melakukan Pendaftaran & Keistimewaan OKU Berdaftar



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker