BANTUAN JKM : Cara Melakukan Pendaftaran & Keistimewaan OKU Berdaftar

Berita baik buat mereka yang mempunyai anak OKU ataupun ahli keluarga OKU, anda adalah amat digalakkan untuk melakukan pendaftaran OKU dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Hal ini kerana, melalui pendaftaran OKU akan membolehkan OKU yang berdaftar untuk mendapat perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan berdasarkan tahap kefungsian / ketidakupayaan di samping menerima pelbagai bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan, NGO dan badan-badan kebajikan.



APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN OKU?

Menurut daripada Akta Orang Kurang Upaya 2008, “OKU termasuklah daripada mereka yang mempunyai kekurangan jangka masa panjang fizikal, mental, intelektual serta deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam sesebuah masyarakat”.

Berikut adalah merupakan 7 kategori OKU yang boleh dipertimbangkan bagi pendaftaran OKU oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM):

 



  1. Kurang Upaya Pendengaran
  2. Kurang Upaya Penglihatan
  3. Kurang Upaya Pertuturan
  4. Kurang Upaya Fizikal
  5. Kurang Upaya Pembelajaran (termasuk Sindrom Down, ADHD, Disleksia, Autisme, dan sebagainya)
  6. Kuran Upaya Mental
  7. Kurang Upaya Pelbagai (bermaksud mempunyai lebih daripada satu jenis ketidakupayaan)
Untuk pengetahuan anda semua, OKU Masalah Pembelajaran kini juga turut dikenali sebagai OKU pembelajaran.
Terdapat enam sub kategori di bawah kategori OKU Pembelajaran iaitu:
  • Global Development Delay (GDD)
  • Sindrom Down
  • Intelektual
  • Autisme (Autism Spectrum Disorder)
  • Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)
  • Masalah pembelajaran spesifik (Spesifik LD) seperti dyslexia, dyscalculia dan dysgraphia
Golongan OKU yang bertaraf Warganegara Malaysia adalah sangat digalakkan untuk mendaftar sebagai OKU secara sukarela. Untuk pengetahuan anda, inisiatif ini dilaksanakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
MENGAPA OKU PERLU DIDAFTARKAN?
Berikut adalah merupakan tujuan golongan OKU perlu untuk didaftarkan:
  • Bertujuan untuk mengetahui bilangan, taburan dan kategori OKU di negara ini bagi bertujuan merancang program dan perkhidmatan berkaitan dengan pencegahan, pendidikan, habilitasi, dan rehabilitasi serta latihan;
  • Untuk merancang penyediaan kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan OKU dan
  • Untuk membolehkan OKU yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan berdasarkan pada tahap kefungsian / ketidakupayaan mereka.

APA KEISTIMEWAAN PENDAFTARAN OKU DENGAN JKM?
Antara keistimewaan golongan OKU yang berdaftar adalah seperti berikut:
  1. Bantuan Kewangan (Bantuan Am) – bayaran bulanan berbeza mengikut negeri
  2. Elaun Pekerja Cacat (EPC)
  3. Bantuan bagi golongan OKU yang tidak berupaya bekerja
  4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar
  5. Geram Pelancaran
  6. Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan
  7. Pengurangan Lesen Kenderaan Motor kepada kadar RM2.00 bagi kenderaan Nasional tanpa ubahsuai dan RM1.00 bagi kenderaan yang diubahsuai.
  8. Potongan harga sebanyak 50% diberikan kepada golongan OKU dan warga tua yang berumur 60 tahun ke atas bagi semua pengangkutan awam dan potongan 50% penerbangan domestik bagi Malaysia Airline (MAS) (tidak termasuk pembelian secara online)
  9. Program Pendidikan Nasional
  10. Bantuan Kewangan Pelajar OKU di Sekolah
  11. Bantuan Kewangan Pelajar OKU di IPT
  12. Bantuan Kewangan Program Pendidikan Khas
  13. (PPK) di Politeknik / Kolej Komuniti
  14. Saluran Khas Bagi Pengambilan OKU di IPTA
  15. Peluang Pemulihan / Latihan di Institusi Pemulihan / Latihan kepada OKU
  16. Pengecualian Bayaran dan Pembaharuan Daftar Syarikat di SSM
  17. Kemudahan dan Galakan Pelepasan Cukai Pendapatan
  18. Kadar Sewa Rumah yang Rendah (DBKL)
  19. Potongan harga 20% Pembelian Rumah daripada SPNB
  20. Pengecualian bayaran Rawatan Perubatan
  21. Pengecualian Bayaran Membuat MyKad, Carian Sijil Kelahiran atau Sijil Kematian
  22. Pengecualian Bayaran Dokumen Perjalanan (Pasport)
Sila rujuk terma dan syarat serta cara memohon bantuan OKU selanjutnya DI SINI

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker