Wujudkan bantuan khas untuk penceramah bebas, kata Najib

Wujudkan bantuan khas untuk penceramah bebas, kata Najib

Wujudkan bantuan khas untuk penceramah bebas, kata Najib

Satu bantuan khas kepada ustaz dan penceramah bebas yang terkesan perlu diwujudkan susulan pelaksanaan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan mereka tidak boleh turun ke masjid menyampaikan kuliah secara bersemuka, kata bekas perdana menteri, Najib Razak.

Katanya, bantuan itu juga boleh disalurkan kepada masjid-masjid oleh Majlis Agama Islam negeri untuk disalurkan kepada penceramah terlibat.



“Mereka ini guru untuk kita semua, mengajar fardu ain, mengajar al-Quran atau tauliah khas menyentuh pelbagai topik berkaitan,” kata beliau di Facebook.

Najib berkata, beliau maklum ada penceramah yang membuat Facebook “live” untuk memberi penerangan, tetapi jika kerajaan mewujudkan bantuan khas atas usaha mereka itu, sudah pasti ia akan meringankan beban kehidupan ketika pandemik.

“Mereka juga boleh digerakkan melalui senarai dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing dan bantuan ini boleh disalurkan kepada masjid di seluruh negara untuk menggunakan khidmat penceramah ini melalui sesi Facebook ‘live’ di laman FB masjid masing-masing,” katanya.

Katanya, dengan bantuan diberikan itu penceramah juga boleh terus memberi perkhidmatan secara atas talian dari rumah tanpa perlu ke masjid.



“Ini dapat dimanfaatkan ahli kariah di tempat masing-masing. Berilah nama apa sekalipun bagi bantuan ini kerana akhirnya nanti bukan sahaja ahli kariah dapat manfaat, ia juga dapat mengimarahkan masjid pada ketika ahli kariah tak dapat pergi menunaikan solat di masjid atau surau mereka dan membantu penceramah bebas,” katanya.

Najib Razak berkata bantuan itu juga boleh disalurkan kepada masjid-masjid oleh Majlis Agama Islam negeri untuk disalurkan kepada penceramah terlibat.
FMT

Wujudkan bantuan khas untuk penceramah bebas, kata Najib


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET



Silterra Syarikat Semikonduktor terbesar akan menjadi milik syarikat Asing – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker