Jambatan gantung dalam pembinaan runtuh, 10 pengunjung cedera


KOTA BHARU: Kira-kira 10 pengunjung yang sedang menaiki jambatan gantung di Lata Keding, Bukit Kudung, Ayer Lanas di Jeli, kira-kira 85 kilometer dari sini, dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan selepas kabel jambatan gantung itu terputus petang tadi.

Ketua Polis Kelantan Shafien Mamat berkata pihaknya dihubungi orang awam memaklumkan kejadian di pusat rekreasi tersebut pada 2.30 petang.

“Kejadian berlaku apabila kabel jambatan gantung itu terputus mengakibatkan pengunjung yang menaikinya terjatuh dan cedera.

“Semua mangsa yang terlibat dalam insiden itu telah dibawa ke Hospital Jeli untuk rawatan. Jumlah mangsa terlibat dan keadaan mereka tidak dapat dipastikan lagi setakat ini,” katanya dalam kenyataan.



Mengulas lanjut, Shafien berkata jambatan gantung merintangi anak sungai itu dibina setinggi kira-kira lima meter dan sepanjang 30 hingga 40 meter itu masih dalam pembinaan serta belum siap sepenuhnya.

“Terdapat notis pemberitahuan jambatan tersebut masih dalam penyelenggaraan dan baru siap sebanyak 50%. Polis masih menjalankan siasatan lanjut berkaitan kejadian itu,” katanya. FMT

Pelajar patah kaki jatuh jambatan gantung ketika cari akses internet



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker