Bayi enam bulan tidak sengaja disuntik vaksin Covid-19
MOSCOW – Seorang bayi berusia enam bulan di Chile secara tidak sengaja disuntik dengan vaksin Covid-19 Sinovac China, lapor Sputnik memetik penyiar 24 Horas pada Khamis.
Menurut agensi berita itu, bayi berkenaan diberi vaksin selepas ibunya membawanya ke pusat kesihatan keluarga di komuniti Tirua di wilayah Bio Bio untuk menerima suntikan imunisasi bayi.
Pihak komuniti telah memaklumkan perkara itu kepada semua pihak berkaitan untuk mengambil semua langkah perlu bagi memantau keadaan bayi tersebut.
Setakat ini, bayi itu belum menunjukkan reaksi negatif. Siasatan mengenai kejadian sedang dijalankan. – Bernama
You must be logged in to post a comment.