Kartel polis mahu jatuhkan IGP, Muhyiddin tolong jawab, kata Salahuddin

Sebaran :


Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub meminta Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menjawab pendedahan Ketua Polis Negara (IGP) Abdul Hamid Bador berhubung terdapat pegawai muda dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berhasrat untuk menjatuhkannya.

Dalam satu ciapan Twitter hari ini, Salahuddin bertanya pihak mana yang mempunyai kuasa untuk menyiasat apabila perkara sedemikian berlaku dalam institusi keselamatan negara ini.

“Satu kenyataan yang serius dari Tan Sri IGP. Ingatkan kartel daging sahaja.

“Ini berlaku pula dalam institusi keselamatan negara. Badan mana yang ada autoriti untuk siasat? IPCMC (Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis) atau RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja)? Mr PM tolong jawab,” ciap ahli parlimen Pulai sambil memuatnaik dari laporan berita Sinar Harian.



Pada 26 Ogos tahun lalu, Kerajaan Perikatan Nasional membentangkan Rang undang-undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC), yang menggantikan RUU IPCMC yang dibawa pentadbiran Pakatan Harapan.

Satu perbezaan utama ialah IPCC tidak boleh mengambil apa-apa tindakan terhadap anggota polis yang membuat salah laku. Sebaliknya, tindakan perlu dirujuk kepada Suruhanjaya Pasukan Polis atau badan lain yang berkaitan.

Dalam program Sinar Live bersama IGP semalam, Abdul Hamid mendedahkan bahawa sekumpulan pegawai muda itu berhasrat untuk menjatuhkannya dalam PDRM dan dapat mendominasi pasukan tersebut agar memudahkan mereka melakukan “kerja-kerja kotor.”

Tidak senang dengan perbuatan mereka, Abdul Hamid menasihatkan supaya pegawai-pegawai muda itu yang diosebut sebagai kartel dalam PDRM supaya insaf sebelum terlambat.



“Jadi saya ingin menasihatkan mereka, hentikan perbuatan jijik ini, sedar diri bahawa pasukan ini bukan kita punya, bukan padang permainan kita,” katanya. Mk

Guan Eng ke SPRM sambung beri keterangan projek terowong dasar laut


Sebaran :

Leave a Reply