Ameera Khan Kini Sudah Berhijab?


Meskipun sudah biasa dengan penampilan yang lebih terbuka namun sepertinya adik Neelofa iaitu Ameera Khan kini sudah bersedia untuk memulakan lembaran hidup yang baru.

Menerusi entri yang di muat naik oleh gadis itu, dia meluahkan rasa syukur dengan pengembaraan baru tersebut.

“Hari pertama pengembaraan baru saya. Akhirnya berasa tenang dan lengkap. Alhamdulillah.”



Malah Neelofa juga dilihat memanjatkan syukur dengan perubahan Ameera selain meminta semua mendoakan adiknya itu sentiasa.

Malah Athisha Khan juga sempat berkongsi klip pendek Ameera yang kelihatan sedang manjamah makanan dengan kapsyen ‘hijabi girl’ lantas menguatkan lagi perubahan imej adiknya itu.



Bahkan Ameera bukan sahaja tampil berhijab, dia juga dilihat memakai baju yang labuh serta sopan dan sesungguhnya sangat berbeza dengan penampilan yang lazim dipaparkan kepada orang ramai sebelum ini.

https://mykmu.net/2020/12/12/ingat-tak-pakai-baju-ameera-khan-muat-naik-foto-seksi-ada-yang-samakan-dengan-kim-kardashian/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker