Mayat terapung disangka tilam buruk

Share

KOTA BHARU – Mayat seorang lelaki ditemui terapung di Kampung Kesing Sungai Kelantan di sini, sekitar jam 9.30 pagi tadi.

Mayat lelaki berusia 41 tahun itu ditemui penduduk kampung yang pada awalnya menyangka ia sebagai tilam buruk.

Menurut salah seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Pak Lah, mayat tersebut ditemui seorang penduduk yang turun ke sungai untuk menahan umpan udang.

“Dia dikatakan nampak objek tersebut tapi ingatkan sekadar tilam.. Tapi bila dihampiri, baru dia sedar rupanya badan manusia. Memang terkejutlah, terus dia pulang ke rumah untuk beritahu keluarga,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai penemuan itu.

“Kita jalankan siasatan lanjut dan mayat dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat,” katanya. Sinar

Mayat bapa ditemui terapung

Leave a Reply