PKR-Umno perlu kesepakatan 4 perkara sebelum teruskan rundingan, kata Anwar
PETALING JAYA: Anwar Ibrahim berkata PKR dan Umno perlu mencapai persetujuan mengenai empat perkara termasuk hak Bumiputera dan masyarakat sebelum meneruskan rundingan untuk menjalin sebarang kerjasama.
Selain itu, dua parti itu perlu juga mencapai kesepakatan mengenai kedaulatan Raja-Raja Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi.
Beliau berkata setakat ini pihaknya hanya mengadakan perbincangan awal dengan pimpinan Umno dan adalah terlalu awal untuk meramalkan sebarang perjanjian.
“Saya kata agak terlalu awal untuk perjanjian dan persefahaman.
Saya katakan perbincangan awal. Saya tidak nafikan kemungkinan kerjasama,” katanya presiden PKR itu pada sidang media menjelaskan status hubungan PKR dan Umno yang mencetuskan pelbagai spekulasi.