MB: Perak sedia pertimbang adakan pertemuan dengan 59 Adun

Kerajaan negeri Perak sedia mempertimbangkan cadangan pihak pembangkang supaya pertemuan antara 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) diadakan, bagi menggantikan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak boleh dilaksanakan semasa tempoh darurat.

Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad berkata, barisan pentadbiran kerajaan negeri boleh memberikan taklimat kepada kesemua Adun mengenai perancangan yang telah dan sedang kerajaan negeri lakukan ketika ini, antaranya berkaitan status kewangan dan perbelanjaan serta hasil pungutan cukai.

“Bagaimanapun, pertemuan antara Adun tidak perlu dibahaskan dalam Persidangan DUN, hanya adakan taklimat biasa kita boleh buat di hotel (Hotel Casuarina) atau di Dewan Bankuet.



“Pertemuan itu nanti tidak perlu menggunakan Speaker, kerana tidak mahu ia disalah erti atau diputar belit oleh mana-mana pihak, seolah-olah kita mengadakan sidang DUN secara haram,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi cabutan kerja undi Jabatan Kerja Raya Perak yang turut dihadiri Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri Datuk Zolkafly Harun di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh, hari ini.

Puad Zarkashi cabar Muhyiddin adakan sidang Parlimen ‘bukti kekuatan’ selepas darurat tamat



Saarani berkata dengan adanya pertemuan itu nanti, kesemua Adun boleh memberikan maklum balas dan pandangan mengenai kerajaan negeri dan seterusnya pentadbiran kerajaan negeri akan dapat memperbaiki prestasi.

Semalam, Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak Datuk Asmuni Awi mencadangkan persidangan di antara Adun Ahli di negeri ini diadakan, menggantikan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak boleh dilaksanakan dalam tempoh darurat.

Asmuni berkata, persidangan yang dicadangkan itu sama Sidang DUN namun tidak mengguna pakai aturan rasmi Sidang DUN seperti penggunaan cokmar dan cadangan itu dilihat sebagai pilihan yang boleh difikirkan, bagi memastikan perbincangan mengenai masalah rakyat dapat diteruskan walaupun dalam tempoh darurat.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker