Penggal kepala anak, jinjing ke balai polis — MYKMU.NET

Penggal kepala anak, jinjing ke balai polis



Sebaran :

Seorang lelaki memenggal kepala anaknya berusia 17 tahun hanya kerana tidak berkenan dengan teman lelakinya sebelum menjinjing kepala mangsa ke sepanjang jalan, dalam kejadian di India.

Tindakan ngeri bapa empat anak, Sarvesh Kumar itu disedari oleh penduduk kampung apabila dia membawa kepala mangsa ke sekitar kampung untuk ke balai polis berhampiran di Pandetara, Uttar Pradesh, lapor Daily Mail.

Rakaman menunjukkan seorang lelaki memeriksa lelaki terbabit dan polis bertanyakan namanya, dari mana datang kepala itu dan mangsanya.



Kumar mengakui dia memenggal kepala anaknya dengan senjata tajam kerana tidak berpuas hati dengan hubungan mangsa, lapor NDTV.

“Saya melakukannya kerana tiada orang lain. Saya mengunci selak pintu dan melakukannya. Mayatnya berada di dalam bilik,” katanya.

Dia mendakwa akan membunuh teman lelakinya juga jika dapat mencari lelaki tersebut.



Kumar kemudiannya ditahan polis untuk siasatan manakala isterinya juga turut ditahan.

Polis menemui mayat anak perempuan di rumah mereka dan dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Uttar Pradesh merekodkan kes jenayah wanita paling tinggi pada 2019, lapor data Rekod Jenayah Nasional.



Ia juga mencatatkan bilangan jenayah yang tinggi terhadap kanak-kanak dengan 7,444 kes diikuti Madhya Pradesh (6,503) dan Maharashtra (6,402).


Sebaran :


Leave a Reply