Norhizam Hassan bakal sertai Pas?
Jangan terkejut PRU15 nanti saya berserban – Norhizam
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee memberi bayangan untuk menyertai parti Pas selepas setahun menabur khidmat sebagai wakil rakyat bebas.
Wakil rakyat yang sering menarik perhatian, bukan sahaja di Melaka tetapi juga seluruh negara rentetan beberapa kontroversi sebelum ini sehingga digelar ‘YB Viral’ itu, mengakui menerima pelbagai tawaran untuk bekerjasama pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.
“Saya boleh cakap hari ini secara jujur, saya telah dilamar oleh bukan sahaja PAS, saya dilamar oleh UMNO dan juga Perikatan Nasional (PN) dan saya sedang pertimbangkannya.
Norhizam Hassan Baktee memaklumkan Melaka akan menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk penghapusan babi hutan.
Ini, katanya susulan aduan tinggi daripada orang ramai membabitkan hidupan liar tersebut.
Dia berkata bagi menjayakan operasi itu, pihaknya memerlukan peruntukan kira-kira RM941,000 termasuk membeli 100 unit perangkap babi hutan, peluru, peralatan pengurusan, umpan penangkap selain perangkap kera dan perangkap ular yang menelan kos dari RM600 hingga RM1,800 seunit.
You must be logged in to post a comment.