Pelakon Berbogel Tunjuk Tanda Protes Di Majlis ‘Oscar Perancis’
PARIS – Seorang aktres sanggup berbogel di pentas pada majlis Anugerah Filem Cesar di Perancis sebagai protes menuntut kerajaan negara itu lebih aktif dalam menyokong aktiviti kebudayaan semasa musim pandemik Covid-19, lapor portal berita BBC hari ini.
Corinne Masiero, 57, memakai gaun ‘berdarah’ bersama kostum keldai sebelum melucutkan pakaiannya dalam acara setaraf anugerah Oscar itu.
Masiero diundang ke majlis yang mengamalkan penjarakan sosial itu semalam untuk menyampaikan anugerah kostum terbaik namun dia mengejutkan hadirin dengan tindakannya.
Bahagian belakang badannya yang terdedah tertera tulisan bermaksud ‘Tiada budaya, tiada masa depan’.
Dia turut menulis slogan lain di pinggulnya yang ditujukan kepada Perdana Menteri Perancis, Jean Castex berbunyi: ‘Pulangkan semula seni Jean’
Pelakon dan pengarah lain turut menyuarakan tuntutan serupa semasa acara berprestij itu berlangsung.
Dalam pada itu, panggung wayang di Perancis telah ditutup selama tiga bulan berikutan pandemik koronavirus. – Agensi
Anak Taikun Ditemui Mati Berbogel, Nekad Terjun Bangunan Bersama Bayi Dalam Pelukan
You must be logged in to post a comment.