Mujur Tak Sempat Di Post-Mortem
New Delhi: Seorang pemuda dari Mahalingapur, India yang disangka sudah meninggal dunia selepas terbabit kemalangan rupa-rupanya masih hidup.
Apa yang mengejutkan, dia hanya diketahui belum meninggal dunia sebelum bedah siasat dijalankan di bilik mayat.
Times of India (TOI) melaporkan Shankar Shanmukh Gombi, 27, sebelum itu parah selepas terbabit dalam kemalangan pada Sabtu lalu.
Shankar dibawa ke hospital swasta dekat Belagavi untuk mendapatkan rawatan.
Doktor bagaimanapun menanggalkan alat bantuan pernafasan yang digunakan pada mangsa kerana menjangkakan lelaki itu akan meninggal dunia.
Seorang ahli ahli keluarga yang tidak didedahkan namanya berkata, Shankar kemudiannya dibawa pula menaiki ambulans ke sebuah hospital kerajaan di Mahalingapur.
“Kakitangan hospital mengesahkan Shankar sudah meninggal dunia dan menghantar ‘mayatnya’ ke bilik bedah siasat.
“Namun, seorang pegawai kanan di bilik bedah siasat mendapati ada pergerakan pada mayat ‘lelaki’ itu,” katanya.
Mayat terapung disangka tilam buruk