‘ekzos perang’ mampu tambah kuasa pecutan motosikal hanya mitos. – Zahid Hamidi

 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Tanggapan modified ‘ekzos perang’ mampu tambah kuasa pecutan motosikal hanya mitos.

Ini bukan saya kata. Ini bekas jaguh cub prix Malaysia Wazi Abdul Hamid yang kata.



Saya fikir jaguh jentera Suzuki RG dengan nombor 21 ini ada kredibiliti untuk diyakini dalam isu ini.

Jika saya yang beri pandangan mungkin sedikit kurang berkesan waima skill belakang sedikit berbanding Valentino Rossi.

https://www.utusan.com.my/…/ekzos-perang-tambah…/

Justeru, diharap anak-anak, adik-adik dan abang-abang peminat motosikal sekalian, silalah ambil kira nasihat Wazi.



Maksudnya tidak perlu membazir wang ringgit mengubahsuai ekzos yang menyalahi undang-undang.

Sebagai seorang peminat motosikal saya faham jika boleh kita mahukan maksimum.

Tetapi keselamatan dan peraturan perlu sentiasa dipatuhi demi manfaat diri dan orang lain.

Lagipun tidak berbaloi berbelanja besar cuma untuk mendapat sedikit kuasa pecutan.



Bagaimanapun, Wazi turut berpandangan pihak berkuasa wajar menggunakan budi bicara dalam menangani isu ini.

Bagi motosikal yang disita dan pemiliknya diminta memasang ekzos standard atau yang asal, ia perlu menggunakan budi bicara.

Ia sebagai proses mendidik kerana mungkin ada di antaranya yang mencari rezeki menggunakan motosikal.

Perkara ini juga yang saya tekankan berkait hal ini yang boleh dibaca melalui pautan berikut beberapa hari lalu:



https://www.facebook.com/188294724642446/posts/2015601335245100/

Ahmad Zahid Hamidi
Presiden UMNO/Pengerusi BN Malaysia

 



Cadangan semua cuti penggal persekolahan bagi tahun ini dimansuhkan – Zahid Hamidi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker