Ustaz tegur pengguna aplikasi MyHeritage gerak wajah orang dah mati


Umat Islam di negara ini dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan penggunaan sebuah aplikasi dikenali sebagai MyHeritage yang dikatakan berfungsi menggerakkan gambar orang yang sudah meninggal dunia.

Penceramah dan pendakwah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki Abd. Rani berpandangan, sebaik-baiknya umat Islam tidak terbabit dalam perkara sedemikian.

“Gambar itu tak bergerak maka, cukuplah gambar dengan suasana begitu. Jangan pula kita nak gerakkan gambar itu sehingga boleh menimbulkan dan membangkitkan kenangan lalu,” katanya menerusi perkongsian video di laman Instagram.

Beliau berkata , ahli keluarga dan waris boleh memberikan sedekah dalam bentuk doa kepada mereka yang sudah meninggal dunia, mudah-mudahan Allah S.W.T merahmati mereka.

“Semoga doa yang disedekahkan dapat menjadikan insan-insan yang sudah meninggal dunia ditambahkan kebaikan dan rahmat oleh Allah S.W.T.,” ujarnya.

Ketika ini, ada segelintir pengguna media sosial khususnya pengguna TikTok memuat naik foto ahli keluarga mereka yang sudah meninggal dunia selepas menggunakan aplikasi MyHeritage.

Aplikasi yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) itu dikatakan mampu ‘menghidupkan’ potret wajah seseorang sehingga mampu mengukir senyuman, mengedipkan mata dan bergerak.

Imej wajah yang disunting menggunakan aplikasi itu kemudian diubah kepada bentuk video dan ‘hidup’ dengan durasi sehingga 12 saat.

Kebanyakan imej yang dikongsi adalah arwah ibu dan bapa mereka malah, ada juga yang berkongsi wajah arwah anak yang sudah meninggal dunia bertahun-tahun kononnya sebagai pengubat rindu.

Rata-rata netizen berkongsi pelbagai reaksi mengenai aplikasi itu malah, ada yang berpandangan ia bukan cara yang sesuai untuk meluahkan kerinduan terhadap ahli keluarga yang sudah meninggal dunia. K Online

Gerakan, tak gerak tak makan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker