Gelombang haba: 6 lokasi di Kedah, Perak di tahap berjaga-jaga


ENAM kawasan di Kedah dan Perak merekodkan tahap satu (berjaga-jaga) dengan suhu harian diramal mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Menurut data status gelombang haba Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang dikemas kini setakat 4.30 petang ini, kawasan terbabit ialah Baling dan Kuala Muda di Kedah serta Kuala Kangsar, Kinta, Batang Padang dan Hilir Perak di Perak.

Sementara suhu maksimum bagi kawasan lain termasuk di Sabah dan Sarawak masih berada dalam pemantauan dan hanya mengalami suhu maksimum kurang daripada 35 darjah Celsius.

Sesuatu kawasan dikategorikan mengalami tahap dua (gelombang haba) apabila suhu maksimum harian direkodkan melebihi 39 hingga 40 darjah Celsius, manakala tahap tiga (kecemasan) apabila suhu melebihi 40 darjah Celsius, masing-masing bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut. BERNAMA

Tempat paling panas di dunia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker