Bas bawa pelajar terjunam ke gaung, 22 terbunuh
JAKARTA: Sebuah bas yang membawa pelajar sekolah menengah rendah di Jawa Barat, Indonesia terjunam ke dalam gaung lewat Rabu malam, mengorbankan sekurang-kurangnya 22 mangsa.
Bas itu dilapor turut membawa guru dan ibu bapa pelajar.
“Ada 22 mayat setakat ini, tetapi kami belum pasti jumlah sebenar kematian,” kata jurucakap pusat kesihatan yang hanyan dikenali sebagai Yeye kepada portal Detik.
Menurutnya, ada mangsa yang dihantar ke hospital kerajaan menyebabkan sukar untuk memastikan jumlah sebenar individu terlibat.
Penduduk dari perkampungan berhampiran tampil membantu mengeluarkan mangsa.
“Mangsa termasuk kaum ibu dan kanak-kanak,” kata ketua kampung Sukajadi, Dede Suhendar kepada portal AyoBandung.
Tambahnya, dia dan penduduk lain berjaya menarik keluar sekurang-kurangnya 15 mayat dalam nahas itu.
You must be logged in to post a comment.