Tuduhan kritik TMJ – Tamrin berdepan hukuman penjara setahun

Tamrin Abdul Ghafar berdepan hukuman penjara setahun susulan catatannya di blog yang mengkritik Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Ini selepas Tamrin, anak kepada bekas timbalan menteri allahyarham Abdul Ghafar Baba didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jika didapati bersalah, selain penjara setahun, Tamrin juga boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Seksyen 233 (1)(a) akta itu memperuntukkan kesalahan menggunakan “mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi

secara sedar membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan memulakan penghantaran,

Tamrin mahu saman Zuraida isu projek rundingan terus

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati,bmenganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain.”

Pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.

Tamrin, menerusi hantaran blog bertarikh 2 Feb tahun lalu, membidas kritikan Tunku Ismail terhadap perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad dan juga memanggilnya dengan gelaran yang merujuk kepada penampilan fizikalnya.

Catatan blog itu juga dimuat naik pada akaun Facebook Tamrin.

Mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM8,000. Pengurusan kes ditetapkan pada 23 Mei.

Tamrin diwakili oleh peguam Rafique Rashid Ali manakala pendakwaan diwakili oleh Yusaini Amir Abdul Karim dan Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman.

Tamrin keluar notis tuntutan terhadap Zuraida, Puad Zarkashi berhubung projek runding terus

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker