Sering diejek mirip lelaki, model ini tukar penampilan dengan tubuh baru

 

Seorang model berusia 26 tahun gembira dengan penampilannya sekarang, yang telah melakukan pembedahan plastik kerana tidak suka dengan bentuk badannya yang lama.

Dari kecil lagi Celine Centino, berasal dari Swiss ini sering diejek rakan-rakan yang mengatakan bentuk badannya seakan lelaki hinggakan sewaktu memasuki alam remaja, dia terfikir untuk melakukan pembedahan plastik.

Dia sudah menghabiskan sekurang-kurangnya 20,000 pound sterling untuk melakukan pembedahan plastik yang mengubah bentuk hidung dan payu dara.

“Sejak muda lagi, saya sudah bertekad untuk mengubah penampilan.

“Setiap kali melihat cermin, saya merasa sedih dan ingin menangis. Saya tidak suka melihat diri saya,” ujar Celine yang mengatakan dia terperangkap di dalam dirinya.

Celine mengakui dia sering diejek dan dibuli setiap hari di sekolah. Dia dikatakan seakan lelaki malah diketawakan kerana mempunyai hidung yang besar.

“Di sekolah, saya tidak punya kawan dan saya tidak mahu ke sekolah lagi.

Pengasas produk kecantikan cium bibir kanak-kanak ditahan

“Tetapi setiap hari, saya cuba untuk jadi lebih kuat dan tidak mengendahkan ejekan tersebut kerana tidak mahu menimbulkan masalah kepada keluarga,” katanya.

Sewaktu berusia 19 tahun, Celine tekad untuk melakukan pembedahan kosmetik. Malah, dia turut melakukan ‘filler’ bibir.

“Saya paling suka menyuntik “filler” di bibir. Saya merasa lebih cantik dengan bibir yang tebal,” ujarnya.

Selain bibir, Celine juga menyuntik “filler” di pipi, dagu, rahang dan kantung mata.

Dia juga sudah melakukan pembedahan payu dara tiga kali untuk mendapatkan ukuran XXL, semua perbelanjaan menggunakan wang simpanannya sendiri.

Celine bekerja sebagai penata rambut dan dia bekerja keras mengumpul wang bagi melakukan pembedahan kosmetik tersebut.

Setelah miliki bentuk tubuh idamannya, Celine menjadi model dan membuat wang dari pekerjaan peragawatinya pula.

Namun begitu, Celine berkata dia tidak pernah melakukan pembedahan plastik pada mata kerana dia paling menyukai bentuk matanya.

Celine kini, merasa puas dengan penampilan barunya yang turut mendapat pujian dari keluarga dan rakan-rakannya.

Celine Chuang, pemain remaja wanita negara cipta nama dengan Bayern Munich

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker