Bersatu cuba pancing Najib?

Bersatu cuba pancing Najib?

Seorang pemimpin Bersatu berkata tiada masalah untuk Presiden Muhyiddin Yassin kembali bekerjasama dengan Najib Razak walaupun kedua-duanya mempunyai sejarah “permusuhan panjang”.

Ketua Penerangan, Razali Idris, berkata Najib sudah “dihukum” atas kesalahannya dan Muhyiddin yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) mungkin tidak mahu selamanya bermusuhan dengan bekas perdana menteri itu.



“Beliau (Muhyiddin) berjiwa besar dan boleh kawan dengan sesiapa sahaja termasuk dengan Dr Mahathir Mohamad yang menyerangnya sebelum ini tetapi kini boleh berjumpa, berbincang dan bekerjasama,” katanya kepada FMT.

Razali dalam hantaran di Facebook tiga hari lalu membayangkan bakal ada “kebaikan bersama” membabitkan Mahathir, Muhyiddin dan Najib yang perubahannya akan dirasai rakyat.

Sehari sebelum itu, Presiden Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz yang mendakwa mewakili kumpulan penyokong Najib berkata gabungan dua bekas perdana menteri itu diharapkan ketika rakyat berdepan masalah ekonomi dan kos sara hidup.

Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Nur Jazlan Mohamed, berkata mustahil kerjasama tersebut menjadi realiti kerana “luka terlalu dalam” antara Najib dan Muhyiddin.



“Kalau tak kerana Najib pegang janji, Muhyiddin tak berpeluang jadi timbalan perdana menteri lepas khianat Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi) pada 2008.

“Lepas itu Muhyiddin pula pakat dengan Mahathir jatuhkan Najib dan Umno pada 2018,” dakwanya.

Najib kini menjalani hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas didapati bersalah atas kesalahan salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah berhubung dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Pernah bersama dalam Umno, hubungan mereka terjejas selepas Muhyiddin mengkritik Najib secara terbuka berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyebabkannya dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno.



Muhyiddin menubuhkan Bersatu dan bersama Pakatan Harapan (PH) menumbangkan Barisan Nasional (BN) diketuai Najib. Bagaimanapun, kedua-duanya “kembali” berada di blok sama susulan kejatuhan pentadbiran Mahathir pada 2020.

Ahli Parlimen Pagoh itu menjadi perdana menteri namun terpaksa meletak jawatan pada Ogos 2021 selepas beberapa Ahli Parlimen BN menarik balik sokongan terhadapnya termasuk Najib. FMT

Bersatu cuba pancing Najib?

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Boikot syarikat pro Israel di Malaysia sehingga mereka lakukan ini

Janna tanya Ruhainies datang majlis nak menyondol ke?



Irene dedah status hubungan dengan Syamsul Yusof

Cikgu Siva buat kolam Deepavali bendera Palestin (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker