[VIDEO] Gaduh di gelanggang futsal, Polis kesan individu terlibat

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan beberapa individu yang disyaki terbabit dalam insiden pergaduhan kumpulan di gelanggang futsal di Taman Perindustrian, Subang semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Abd Khalid Othman berkata insiden pada kira-kira 10.30 malam itu disyaki berlaku akibat perselisihan faham dan pergelutan antara dua kumpulan ketika perlawanan persahabatan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pergaduhan itu dipercayai berlaku apabila seorang lelaki berusia 19 tahun melakukan terjahan keras terhadap pemain pasukan lawan berusia 22 tahun ketika perlawanan



 

Sokongan Terhadap PN Masih Diteruskan Tapi Sehingga Bubar Sahaja – Ahmad Maslan

 



“Seorang lelaki berusia 29 tahun yang cuba meleraikan pergaduhan itu telah dipukul oleh kira-kira 10 orang, mengakibatkan dia cedera di kening, muka dan calar di bahagian badan,” menurutnya dalam kenyataan.

Abd Khalid berkata siasatan mendapati tiada senjata digunakan dalam insiden itu dan pihaknya akan mengambil tindakan kompaun ke atas mana-mana individu terbabit sekiranya didapati berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Beliau berkata pihaknya sudah menerima laporan berhubung insiden itu daripada dua individu yang terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.



Hari ini tular di media sosial dua video yang memaparkan insiden pergaduhan di gelanggang futsal oleh sekumpulan lelaki.

 

UMNO Pagoh Teguh Pendirian, Tentang Muhyiddin Dalam PRU-15



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker