Pas tangguh muktamar selepas PRU15 — MYKMU.NET

Pas tangguh muktamar selepas PRU15



Sebaran :

KOTA BHARU: Muktamar Pas kali ke-67 akan diadakan selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agongnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata penangguhan muktamar termasuk pemilihan itu diputuskan dalam mesyuarat pimpinan Pas bagi menumpukan soal pilihan raya.

“Pas memutuskan muktamar akan diadakan selepas PRU ke-15, tak kiralah bila.



“Setakat ini, keputusan kita pun tak tahu bila PRU.

“Jangkaan PRU bila darurat ditamatkan, mengambil kira jangkaan muktamar selepas PRU15,” kata Takiyuddin.

Beliau menjelaskan, ketetapan yang dibuat parti setakat ini adalah menangguhkan muktamar sehingga PRU15 selesai.

Muktamar tahun lepas diadakan pada September dengan Kelantan sebagai tuan rumah.



Ia diadakan dalam suasana norma baru akibat pandemik COVID-19 dengan mengehadkan kehadiran pemerhati, perwakilan dan pimpinan Pas seluruh negara.


Sebaran :


Leave a Reply