Identiti Dua Remaja Ditemukan Mati Dalam Alphard Telah Dikenal Pasti – Polis

Identiti Dua Remaja Ditemukan Mati dalam Alphard Telah Dikenal Pasti – Polis

Polis mengenal pasti identiti dua mayat yang ditemukan di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard di ruang parkir sebuah kondominium di Cheras, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Muhammad Idzam Jaafar berkata mangsa dikenali sebagai Ahmad Danish Hakeem Hanafiah dan Akmalharith Damia Zainul masing-masing berusia 19 tahun.

“Saya sahkan identiti mereka telah dikenal pasti dan polis masih menyiasat kes berkenaan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai bagaimana kenderaan itu boleh berada di kawasan parkir berkenaan walaupun kedua-dua mereka bukan penghuni kondominium terbabit, Muhammad Idzam berkata kawasan parkir itu terbuka kepada awam.

“Mana-mana individu yang datang ke residensi (kondominium) berkenaan boleh meletakkan kenderaan di parkir tersebut tetapi ia lengang dan jarang digunakan walaupun sudah siap dua tahun lepas. Hanya kereta mangsa yang berada di lokasi berkenaan, di sudut hujung berdekatan dinding ketika ia ditemukan.

“Kereta itu dipercayai dipandu oleh seorang daripada remaja itu. Ia berdasarkan rakaman kamera litar tertutup di kawasan parkir terbabit yang merakamkan MPV itu masuk ke lokasi, namun tiada pergerakan keluar masuk melibatkan kedua-dua si mati,” katanya.

Dua remaja yang dilaporkan hilang oleh keluarga masing-masing ditemukan di dalam sebuah MPV di ruang parkir bawah tanah sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini, Ahad lepas.– HM

Identiti Dua Remaja Ditemukan Mati dalam Alphard Telah Dikenal Pasti – Polis

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi

Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker