Isteri Habiskan RM34 juta Dalam Masa 3 bulan
Tokyo: Selepas menghabiskan 12.2 juta dolar Singapura (kira-kira RM34.6 juta) wang suaminya, seorang model Jepun akhirnya meminta cerai hanya selepas seminggu berkahwin.
Kato Sari, 29, terkenal di negara matahari terbit sebagai seorang model yang memiliki kehidupan mewah dan menggemari barangan berjenama.
Pada Januari 2020, dia memuat naik video di YouTube mengumumkan perceraiannya dengan suami berusia 36 tahun selepas berkahwin September 2019.
Menerusi video berkenaan, Kato memaklumkan perceraian disebabkan bekas suaminya sudah tidak mampu menanggung kos kehidupan mewahnya.
Kato berkata, dia menghabiskan 12.2 juta dolar Singapura (kira-kira RM34.6 juta) itu sepanjang tiga bulan bercinta dengan bekas suaminya sebelum mereka berkahwin.
Selepas berkahwin, bekas suami memintanya untuk menghentikan gaya hidup mewah kerana syarikat memiliki masalah kewangan, lapor Line Today.
Permintaan itu menyebabkan wanita itu berang dan memaklumkan sudah ‘hilang minat’ kerana suaminya sudah tidak mampu menanggung gaya hidup mewahnya.
Menerusi satu temu bual, Kato mengakui dia berkahwin hanya kerana wang bekas suaminya selain didorong untuk hidup mewah
Sejak berpisah, Kato dilihat sudah mula memuat naik gambar bersama lelaki lain yang digelarnya sebagai ‘lelaki budiman.’
Selepas menyiarkan video mengenai perceraian, ternyata perkongsian itu mengundang kritikan masyarakat Jepun.
Beberapa komen di YouTube menggelarkan Kato sebagai materialistik dan bukan seorang wanita yang baik.
“Sudah pasti dia mendekati lelaki ini (teman lelaki baru) hanya disebabkan wang,” kata seorang netizen.
“Kasihan melihat dia seperti tiada kehidupan yang baik setakat ini. Apa keistimewaan dia?” kata seorang lagi netizen yang tidak berpuas hati dengan pengakuan Kato.-HM
You must be logged in to post a comment.