Suntikan vaksin Covid-19 diperlukan untuk tunai haji


RIYADH – Pihak berkuasa kesihatan Arab Saudi berkata mereka yang merancang menunaikan ibadah haji perlu menunjukkan bukti telah menerima vaksin Covid-19.

Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan dengan menyatakan vaksinasi merupakan ‘syarat utama’ kepada jemaah haji selepas menterinya, Tawfiq Al Rabiah berkata, ‘vaksinasi wajib’ diperlukan untuk semua jemaah.

Bagaimanapun, kementerian itu tidak menyatakan sama ada musim haji yang akan bermula 17 Julai ini dibuka untuk jemaah luar negara.

Pada pada tahun lalu hanya jemaah yang menetap di Arab Saudi dibenarkan melakukan ibadah haji dalam usaha negara itu membendung penularan Covid-19.

Arab Saudi memulakan program vaksinasi pada 17 Disember lalu dengan vaksin Moderna, Pfizer dan AstraZeneca mendapat kelulusan penggunaannya. MG

Khidmat Najib diperlukan bantu pulih ekonomi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker