Wan Saiful ‘stress’ diganggu SPRM

Timbalan speaker nasihat buat repot polis

Wan Saiful ‘stress’ diganggu SPRM

Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) memaklumkan beliau tertekan selepas diberikan notis oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk dirakam percakapan berhubung dakwaan diugut dan ditawar habuan supaya menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Katanya, notis itu mengganggunya dan menyifatkan ia tidak wajar diberikan selepas perkara dibangkitkannya dianggap selesai di Parlimen.



Beliau memaklumkan sudah membuat permohonan maaf dan menarik balik kenyataan dibuatnya di Dewan Rakyat pada 28 Feb lalu.

“Keputusan speaker telah dibuat dalam hal ini. Saya rasa bagi semua Ahli Dewan itu telah ditutup dan selesai.

“Bagaimana saya terus menerus dapat kacau ganggu daripada pihak berkuasa terutama SPRM. Saya baru dapat satu notis untuk dirakam percakapan mengenai apa yang saya sebut dalam Dewan yang mulia ini,” katanya.

Wan Saiful berkata, tidak ada sesiapa boleh mengganggu imuniti disebut dalam Seksyen 7 Akta 347 iaitu kebebasan bercakap dan berbahas Ahli Parlimen, serta tidak wajar menghina keputusan speaker Dewan dalam perkara sudah selesai.



“Saya nak tarik perhatian bahawa ada pelanggaran yang berlaku dan saya rasa tindakan diambil SPRM melanggar bukan saja imuniti Ahli Parlimen disebut dalam Seksyen 7 Akta 347, tetapi juga melanggar keputusan speaker dalam Dewan yang telah dibuat.

“Saya timbulkan ini untuk perhatian sebab saya rasa ini satu benda yang tidak adil dilakukan dan berbahaya bagi imuniti kita sebagai Ahli Parlimen,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Ramli Mohd Noor, berkata mengikut Peraturan Mesyuarat 43, apa-apa keputusan speaker adalah muktamad.

Beliau berkata, mengikut Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan yang merujuk keistimewaan Parlimen, apa dicakap di Dewan Rakyat tidak tertakluk kepada undang-undang sivil melainkan jika di luar Parlimen.



Ramli berkata, tindakan SPRM adalah untuk menjalankan siasatan terhadap isu ditimbulkan dan menasihatkan Wan Saiful membuat laporan polis.

“Jadi apa-apa dilaksanakan oleh SPRM, pada pandangan saya adalah proses penyiasatan. Yang boleh memutuskan apa-apa sekali pun mengikut Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan adalah kuasa AG (peguam negara).

“Saya rasa YB keluar dari Dewan ini buat satu laporan polis supaya siasatan juga boleh dijalankan atas kuasa-kuasa dijalankan oleh SPRM dan pemutusnya adalah mengikut Perkara 145 iaitu peguam negara.

“Bila dalam Dewan ini, anda kuat, tidak ada sesiapa boleh (ambil tindakan). Yang boleh putuskan adalah speaker,” katanya. FMT



Wan Saiful ‘stress’ diganggu SPRM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bawa ke kondo kerana nak ‘chemistry’



Henti sebar cerita khalwat abang saya – Aisyah

Datang ‘shooting’ sekali, siap panggil baby lagi – Kru drama



A Aida ‘blacklist’ Ruhainies

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker