Kes saman fitnah Yeo Bee Yin dan Jamal Yunos dan selesai

KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah Yeo Bee Yin terhadap Jamal Md Yunos berhubung dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) selesai selepas ketua UMNO Sungai Besar itu memohon maaf kepada bekas menteri tenaga, sains, teknologi, alam Sekitar, dan perubahan iklim berkenaan di Mahkamah Tinggi hari ini.

Jamal, 50, yang membacakan kenyataan maaf itu di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur berkata beliau memohon maaf kerana memfitnah Yeo sebelum ini.

“Saya sekarang mengakui bahawa YB Yeo Bee Yin seorang yang jujur dan telus dalam pengurusan wang Skim Mesra Usia Emas.



“Saya ingin memohon maaf kepada YB Yeo Bee Yin atas kesilapan saya ini. Saya minta maaf, YB Yeo Bee Yin,” katanya.

Hari ini dan Khamis sepatutnya prosiding perbicaraan kes saman itu di hadapan Hakim Rozana Ali Yusoff, namun kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikannya melalui penghakiman persetujuan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker