[VIDEO] “Terus Ceria, Anak Gelak Je Masuk Sekolah” Kemunculan Super Hero Ceriakan Hari Persekolahan Pertama Murid

Difahamkan, pembukaan sesi persekolahan secara bersemuka itu selepas ia ditutup di seluruh negara mulai 9 November tahun lalu.

Malah, sesi persekolahan kali ini menyaksikan murid dan guru menyesuaikan diri dengan norma baharu serta prosedur operasi standard (SOP).

Hari ini merupakan hari pertama bagi pelajar sekolah rendah tahap 1 memasuki sekolah. Mereka terdiri daripada pelajar tahun satu, dua dan tiga.



Susulan perkara itu, kebanyakan sekolah dari seluruh negeri menyambut dengan meriah kedatangan pelajar-pelajar mereka dengan memakai maskot kartun yang bertujuan bagi mengurangkan rasa takut mereka untuk ke sekolah

Namun, dalam pada ramai yang bercakap mengenai SOP baru tersebut, satu perkara yang tidak boleh diabaikan adalah masalah ketakutan murid ketika hari pertama sekolah.

Silap langkah, pasti ada murid yang menangis sebaik ditinggalkan ibu bapa.

Menerusi media sosial, masalah itu nampak gayanya telah diatasi oleh beberapa pihak yang mengambil inisiatif kreatif menyarung kostum menarik.



Antara yang kelihatan menceriakan murid termasuklah watak Transformers, Spiderman, Captain America, Mickey Mouse, T-Rex dan banyak lagi watak.

Melalui perkongsian di Twitter oleh M.K.Izzuddin, dia telah memuat naik video yang memaparkan perarakan maskot transformers masuk ke perkarangan sekolah.

VIDEO DIBAWAH:-

“Nah siap ada transformers lagi ni untuk sambut budak masuk sekolah. Hebakkk”

Perkongsian Izzuddin itu meraih perhatian orang ramai dan netizen apabila meninjau di ruangan komen rata-ratanya turut berkongsi pengalaman
sekolah anak-anak mereka yang turut menggunakan maskot untuk menarik minat pelajar



‘Ni nak tarik minat murid ke bapa murid?’ 😂🤣🤣

Selain itu, mereka juga turut terhibur melihat gelagat dua transformers itu yang dilihat mempunyai cara jalan yang berbeza tidak seperti superhero yang selalu dilihat di kaca televisyen

Robot kena GOUT ke tu? 😂😂

Terbaiklah usaha sekolah 👍👍



Aku pon nak pergi sekolah 😜

Alah Bisa Tegal Biasa : Anak Muda Tegar Berhujan, Berpanas Dalam Kostum Adiwira Demi Sesuap Nasi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker