‘Tengoklah esok siapa lompat atau tidak’



Sebaran :

Kota Bharu: Kelantan menyifatkan dakwaan berlaku potong giliran oleh pegawai tinggi kerajaan negeri itu dalam senarai penerima vaksin Covid-19 hanya perbualan bebas di Facebook semata-mata.

Malah, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob menegaskan perkara itu tidak benar sama sekali.

“Saya tidak mendapat maklumat berhubung perkara ini, kemungkinan hanya perbualan bebas di Facebook semata-mata. Tidak ada sumber yang tepat.



“Namun, kita sudah membuat perancangan dan persiapan dengan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan bagi melakukan suntikan vaksin esok.

“Tengok lah esok siapa yang lompat atau tidak. Semuanya nak suntikan awal dan kemudian, itu perkara biasa.

“Untuk memberi suntikan serentak, kita tidak mampu dan sudah tentu ada yang diberi awal dan diberi lewat,” katanya ketika ditemui selepas menyaksikan Majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin secara maya di sini, hari ini.



Terdahulu, Jabatan Kesihatan Kelantan menafikan dakwaan berlaku tindakan potong giliran oleh pegawai tinggi kerajaan negeri dalam senarai penerima vaksin Covid-19 sehingga mengetepikan petugas barisan hadapan.

Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin menafikan dakwaan yang tular dalam media sosial itu dan menegaskan tidak mengutamakan pegawai atasan kerajaan negeri untuk pemberian fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan-HM


Sebaran :


Leave a Reply