Saya tahu apa itu demokrasi – Muhyiddin


Tan Sri Muhyiddin Yassin menekankan bahawa beliau memahami dan bukan buta demokrasi apabila mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat.

Menurut Muhyiddin selaku Perdana Menteri beliau memberi keutamaan kepada menangani pandemik wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Kata beliau, apabila darurat tamat pada Ogos depan, ketika itu pilihan raya boleh dijalankan dan orang ramai bebas memilih kerajaan yang baharu.

Tambah beliau, jika rakyat mahu kerajaan Perikatan Nasional (PN) terus memerintah mereka akan memberi mandat dan tiada siapa yang menghalang.



Bagaimanapun untuk tempoh ini berilah ruang kepada kerajaan untuk menyelesaikan masalah pandemik dan ekonomi negara yang jika dibiarkan tanpa diuruskan dengan baik akan menjejaskan semua. SM

Demokrasi bersama Covid-19



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker