Lompatan Katak Memang Hodoh



Sebaran :

Katak bila melompat memang hodoh. Sudahlah lompatannya pendek, bila landing, dia terkangkang.

Makin ramai katak dalam PPBM dan PN. Awal dulu pengampu PM dakwa tujuan darurat dan gantung Parlimen ialah kurangkan politiking. Terima dua katak dari PKR bukan politiking?

Mesti ada perundingan. Mesti ada tawar menawar. Mesti ada sebab musabab. Takkan masuk percuma. Biasanya ada 3 sebab bila berlaku katak sikatak lompat.



Pertama, tidak tahan siasatan SPRM. Kedua tidak tahan tekanan LHDN. Dan ketiga adanya tawaran jawatan Menteri atau GLC.

Hipokritnya mereka. PPBM lagi kuat politiking. Tetapi YDP Agong bertitah “Parlimen boleh bersidang”. Politik mereka terkangkang.

Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi



Ahli Majlis Tertinggi UMNO

 


Sebaran :


Leave a Reply