Selamat Hari Tentera Darat ke-88 dan semoga pasukan ini terus mara untuk negara tercinta. – Zahid Hamidi

Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) panji kepada kedaulatan dan kemerdekaan negara. Mempertaruh seluruh jiwa dan raga untuk rakyat dan negara.

Saya perakui ini sebagai bekas Menteri Pertahanan yang bertanggungjawab terhadap barisan ketenteraan pada 9 April 2009 sehingga 16 Mei 2013.

Seperti angkatan bersenjata lain, TDM memainkan peranan penting bagi melindungi wilayah berdaulat di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Bermula dengan Rejimen Askar Melayu Diraja menentang pencerobohan tentera Jepun sehingga kita mengecapi erti kemerdekaan sebenar.

Melawan komunis. Terlibat dalam Konfrontasi Indonesia-Malaysia 1969 dan membanteras jenayah rentas sempadan.

Kemampuan TDM pada era serba moden teruji lagi tatkala negara berdepan ancaman pencerobohan pengganas di Lahad Datu pada 11 Februari 2013.

Bersama-sama anggota VAT69, TDM menabur jasa dan bakti untuk mengusir penceroboh dalam mempertahankan kedaulatan wilayah Malaysia.

Keterlibatan TDM dalam aspek ketenteraan tidak hanya bersifat domestik, sebaliknya pasukan ini juga terlibat dalam misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, penyaluran bantuan di negara perang.

Justeru, dapat kita simpulkan TDM adalah perspektif strategik negara yang harus terus diperkasakan dari semasa ke semasa.

Sebab itu buat pertama kali dalam sejarah negara, semasa menjadi Menteri Pertahanan saya telah mewujudkan Dasar Pertahanan Negara yang menyeluruh.

Ia suatu dasar yang dibuat pada tahun 2010 berkait dengan pertahanan negara secara komprehensif dan bersifat jangka masa panjang.

Kerajaan BN ketika itu tahu bahawa mempertahankan negara adalah suatu perkara yang amat besar tanggungjawabnya.

Kita tidak boleh sama sekali alpa dan berasa selesa dengan keamanan yang dikecapi kerana pada bila-bila masa konflik atau kekacauan boleh tercetus.

Keamanan dan kebebasan kita nikmati kerana wujudnya ketenteraman yang disumbangkan oleh pasukan keselamatan khususnya angkatan tentera.

Bagi memastikan kemahiran ketenteraan dipertingkatkan, TDM menjalin hubungan ketenteraan bersama kuasa besar dunia dan Asia Pasifik bagi menambah nilai aspek pertahanan negara.

TDM menjaga negara dengan menguatkan sumber dan keupayaan kendiri untuk memelihara kedaulatan, kemerdekaan dan keutuhan wilayah.

Pada kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Tentera Darat ke-88 dan semoga pasukan ini terus mara untuk negara tercinta.

Tentera Darat Malaysia

Angkatan Tentera Malaysia

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Presiden UMNO Malaysia/Pengerusi BN

 

 

Zeti ‘mungkin cukup tahu’ tentang wang daripada Jho Low dalam akaun syarikat milik suami di Singapura?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker