PM lancar Dasar Pendidikan Tahfiz Negara 2.0 hari ini

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual melancarkan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) 2.0 pada Majlis Himpunan 23K Huffaz yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini

Penasihat program berkenaan, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, acara itu yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini bagi menyemarakkan kembali DPTN, akan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Pelancaran pelan tindakan DPTN 2.0 ini bererti kita menggerakkan semula pelan tindakan yang patut disemarakkan menerusi badan yang diberikan hak menguruskan DPTN,” katanya ketika menjadi tetamu rancangan Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam ini.

Pada 30 Jan lepas, Ahmad Zahid berkata, DPTN 2.0 akan dilancar pada 11 Mac dan menerusi dasar itu, kerajaan mahu memastikan golongan huffaz tidak hanya bekerja sebagai imam, guru atau bidang berkaitan sebaliknya kerajaan mahu mewujudkan kerjaya profesional untuk mereka.

Khairuddin berkata, pelancaran itu penting untuk memberi gambaran bahawa huffaz dan pendidikan negara tidak boleh dipisahkan.

“Selepas dilancarkan pada 2016, ia wujud dan bergerak tetapi sudah sampai masa untuk kita semarakkan kembali apa yang telah digerakkan dahulu untuk kita kembangkan lagi,” katanya.

Beliau juga berkata, seramai 23,000 huffaz dari seluruh negara akan berkumpul di Masjid Wilayah Persekutuan esok bermula pada waktu Zohor dan menyempurnakan khatam al-Quran sebanyak 1,000 kali sebelum pelancaran DPTN 2.0.

Majlis Himpunan 23K Huffaz yang memasuki edisi keempat itu dianjurkan oleh Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA Kebangsaan) dengan kerjasama Pejabat Timbalan Perdana Menteri.

Turut diadakan Ekspo Huffaz 2023 di lokasi sama bagi memberi peluang kepada masyarakat untuk lebih memahami dan mendekati Institusi Tahfiz al-Quran sebagai asas kepada pendidikan Islam. – Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker