[VIDEO] Menakjubkan!! Pemuda Ini Digelar ‘Elon Musk Of Ghana’ Selepas Hasilkan Kereta Daripada Bahan Terbuang

Siapa sahaja yang tidak mengenali Elon Musk, pengasas kereta elektrik jenama Tesla dan individu yang sebelum ini pernah dinobatkan sebagai manusia paling terkaya di dunia.

Kehebatan Elon Musk dalam menghasilkan kereta bagi jenama Tesla sememangnya tidak dapat dinafikan. Namun selain Elon Musk, pernah atau tidak anda terbaca kisah seorang pemuda di Ghana yang mahir mencipta kereta dengan hanya menggunakan bahan-bahan logam terbuang?

Pemuda yang dimaksudkan mahu dikenali sebagai Kelvin dan kejiranan setempat menggelarnya sebagai ‘Elon Musk of Ghana’. Walaupun kehidupan di Ghana sangat daif serta serba kekurangan, namun keadaan itu bukanlah satu alasan untuk Kelvin tidak berjaya dalam bidang kejuruteraan automotif.

Menerusi perkongsian video oleh YouTuber Nas Daily, Kelvin sejak berumur 10 tahun sudahpun berjaya mencipta robot, vakum serta kapal terbang permain yang diperbuat daripada bahan terbuang.



Elon Musk leaves behind Amazon’s Bezos to become world’s richest person

Kelvin juga dimaklumkan tidak bersekolah dan dia hanya belajar secara sendiri untuk mendalami ilmu automotif ini menerusi pemerhatian serta penilitian cara pembuatan kereta di kedai kereka.

“Saya akui bahawa saya amat minat dalam bidang pembuatan enjin ini. Namun disebabkan faktor kewangan, saya tidak mampu untuk bersekolah di sekolah kejuruteraan.



“Segalanya saya belajar sendiri termasuk cara bagaimana untuk menghasilkan kereta,” ujar Kelvin menerusi video berkenaan.

Difahamkan, selama 4 tahun, Kelvin ulang-alik ke kedai kereta untuk mendalami ilmu automotif kereta. Apabila sudah faham mengenai kereta, dia kemudiannya mencari bahan logam yang terbuang di kawasan tempat pelupusan sampah, lokasi pembinaan serta di lain-lain tempat.

“Namun tidak semua bahan terbuang boleh ditemui, maksud saya enjinnya yang terpaksa saya beli walaupun harganya jauh lebih mahal daripada kemampuan pendapatan saya sekeluarga.

“Demi melaksanakan impian ini, saya mengambil upah berkerja sambilan sebagai buruh binaan demi mengumpul wang untuk membeli enjin kereta terpakai untuk kereta saya.



Akhirnya, Kelvin berjaya menghasilkan sebuah kereta seakan-akan Tesla dan pintu terangkat persis kereta Ferrari dengan kos sebanyak $3,000 (+- RM12,000). Seperti Elon Musk yang mencipta kereta elektrik untuk Tesla, begitulah juga dengan Kelvin yang bercita-cita untuk mencipta kereta elektrik berjenama syarikatnya sendiri satu hari nanti.-TheVocket

Jeff Bezos rampas kembali status individu terkaya di dunia dari Elon Musk

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker